Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

KERANA AKU ADALAH AKU

AKU

bukanlah seorang ustaz,
yang layak untuk memberikan ceramah agama

AKU
bukanlah seorang hamba
yang tidak pernah melakukan dosa

AKU
bukanlah seorang anak
yang tidak pernah berbuat dosa kepada orang tua

AKU
bukanlah seorang kawan
yang tidak pernah menyakiti hati kawan

AKU
bukanlah seorang ABANG,
yang baik boleh dijadikan contoh terbaik buat adik2 saya

AKU
bukanlah seorang anak murid
yang tidak pernah mengguris hati cikgunya

TETAPI..
walau siapa pun aku,
dengan bantuan anda semua
orang yang berada disekeliling aku
insyaAllah aku mampu menjadi diriku
dan bukan orang lain

KERANA..
Aku
adalah aku~
Preview

Malique feat Tun Dr.Mahathir - Layu

Setelah dua hari tak update blog..tetibe rase nak share sesuatu..tadi terbuka youtube terdengar la sorg rappers ni dia bergandingan gan Tun Mahathir..semuanya ter hehe..Rase macam sometin bila baca benda alah ni hehe..semua macam terbalik kena atas pala aku..melayu kian layu betul ka?

Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat
dari melihat bangsaku dijajah
tidak ada yang lebih menyedihkan
dari melihat bangsaku dihina (Tun Dr. Mahathir)

Aku lihat layu dalam Melayu
Aku pasti bukan aku seorang sahaja yang nampak
Ada juga bercadang bertanya tuan punya
Tapi bercampur risau dengan tak tergamak
Nanti di kata tak bersyukur
Di kata tak sedar diri
Jadi aku menyendiri memerhati
Dan akhirnya mengakui
Yang kita sendiri membiarkan bunga raya layu ke kanan
Dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri

Aku lihat layu dalam Melayu
Tanah air kita yang punya kita siram kita baja
Tapi angin api kita lupa
Mereka merancang masa menjilat bangsa
13 Harimau bertukar menjadi mangsa
Kita lupa nenek moyang kaya raya
Jangan sekali- kali di gadai harta bendanya
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu

Takkan Melayu hilang di dunia
Ya.Tapi apa guna tak hilang di dunia
Kalau kewujudan tidak dirasa
Petah berbahasa kudrat tak berjasa
Orang berbudi kita hanya tahu merasa
Selalu lari bila di rapat
Selalu malu bila soalan di aju
Selalu segan memberi pendapat
Rela mengikut dari meneraju
Belum nyanyi sudah bersorak
Suka berjanji dalam borak
Bukan kata tak ada otak
Cuma tak berfikir di luar kotak
Ku lihat layu dalam melayu
Ku lihat layu dalam melayu
Ku lihat layu dalam melayu

Aku jadi sayu
Bunga menangis dia mendayu
Mahu jadi cantik tapi ragu
Aku merayu
Bangunlah semula hidup kembali
Jangan tunggu matahari mati
Cepatlah mekar sebelum terlerai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai

Perjuangan kita belum selesai
kerana hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercu tanda bangsanya yang berjaya (Tun Dr. Mahathir)


Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Airmata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesama kita
Cita lenyap di arus zaman

Tanda-Tanda Orang Laki Merajuk?

Adakah  anda kaum Adam yang  kuat merajuk? (buruk ke laki merajuk?hehe..) pernahkan perkara-perkara dibawah ini anda lakukan?hehe..jom kita jengah sebentar..

a) Diam Seribu Bahasa
Dia diam je sepanjang ada dengan kita. Walaupun kita bercakap dengannya, dia hanya mengiayakan / dia anggukkan kepalanya je. Dia sikit pun tak akan layan kita seperti sebelum ni. Jika benda ni berlaku sah lah tu dia merajuk dengan kita.

b)Buat Tak Tahu
Dia akan buat tak tau dengan kita. Jika kita minta tolong dengan dia seperti kemaskan meja ke, dia buat acuh tak acuh je.Paling teruk, dia buat-buat tak dengar (pekak betul-betul baru tau!). Ini cara protes yang paling teruk sebab ia bukan je buat kita geram tapi buat seolahohlah kita ni tak wujud.

c) Menolak Untuk Makan Bersama
Bila lelaki merajuk biasanya dia tak nak jumpa kita atau face to face dengan kita. Dia akan bagi alasan seperti "awak makan la dulu,saya kenyang lagi la..lagipun, saya dah makan dengan kawan saya tadi"

d) Masam Muka
Tindakan yang ni ialah tindakan yang paling kita geram. Dah lah tak nak cakap ngan kita dah tu nak tarik-tarik muka pulak. Tak puas hati la konon. Tapi adat la kalau orang dah merajuk. Perempuan pun lebih kurang je!

e) Baca Surat Khabar
Bab ni memang tabiat orang lelaki. Tapi kalau surat khabar tu dibaca banyak kali tanpa sebab maknanya jiwa dia tak tenteram & ada sesuatu yang mengganggu diri dia. Lagi-lagi pulak kalau tengah-tengah malam buta.

f) Menonton Televisyen Hingga Lewat Malam
Dia akan tengok tv tu sampai larut malam walaupun rancangan tu bukan rancangan kegemaran dia. Mata dia di tv tapi hatinya ke lain. Kena peka beb!

g) Keluar Rumah Tanpa Beritahu
Ada lelaki yang tak akan memberitahu mana dia nak pergi. Nak protes la tu kononnye. Kita jangan paksa dia untuk menjawab pertanyaan kita kerana conferm dia akan buat dek je!

h) Matikan Telefon Bimbit
Ha ni satu lagi tabiat lelaki. Dia tak suka diganggu bila perasaannya tengah marah. Untuk mengelakkan kita menggangu dia, dia akan matikan telefon bimbit dia & bagi alasan bateri kong. Alasan dia satu je, dia tak mahu dengar suara kita takut perasan marahnya lagi kuat... Alaa,bila dah rindu call jugak last-lastnyer!

Exclamation Exclamation MyB ni s'suai utk psgan yg da kwin kot.. hentam jewla... Exclamation Exclamation

Lelaki gay homoseks - laknatullah

Nape tibe2 aku nak post tajuk ni?sebabnye dua tiga menjak ni terdengar la dah da grop gay kat  tempat aku belajar hehe..tak tau la dengar2 crita je la..tapi kalau angin x bertiup masakan pokok akan bergoyang hehe..tapi tak tau la kan kot da beruk yang menggoyangkannya hehe.. seriously..Masalah lelaki gay dan homoseks semakin menjadi-jadi di kalangan Melayu beragama Islam . Allah SWT melaknat lelaki homoseks, maknyah, dan pondan yang melakukan hubungan seks sesama jenis ini .Bagaimana hendak mengenali lelaki gay ini? ramai lelaki gay yang mempunyai perwatakan segak, sasa, tampan, dan kaya, bergaya,tapi da gak yang xtampan,gemok@kurus dan berjerawat tapi naluri gay nya tinggi hehe.. jadi berhati-hatilah wahai wanita Muslimah jangan mengahwini lelaki gay kelak rumahtangga anda ditimpa masalah!Lelaki gay mampu mendapat zuriat, namun mereka tidak punya komitmen terhadap isteri, dan mereka kekal dalam maksiat dan menderhaka kepada Allah SWT disebabkan keberahian mereka kepada sesama lelaki. So? pikir2kan la..Cikgu Oh cikgu..

Tanda-Tanda WanitaTergoda Kepada Lelaki


Bagun pagi-pagi ni terbaca satu artikel menarik yang boleh dikonsi bersama..hehe..mana la tau boleh guna sebagai panduan bagi laki-laki diluar sana yang nak tahu tanda-tanda wanita tergoda kepada mereka hehe..

"Dia Tidak Senang Duduk"
Sesetengah wanita biasanya akan menunjukkan petanda awal yang tidak begitu jelas dan kemudian mengharapkan anda untuk mengambil alih peranan seterusnya. Jika anda berjaya mengesan petanda ini, hanya sedikit usaha mampu membuahkan hasil kerana 'pintu'nya telah terbuka untuk anda. Biasanya tanda-tanda awal ini ditunjukkan dengan berjalan mundar-mandir di belakang anda atau tidak sengaja terlanggar bahu sambil menjeling manja. Walaupun dia sekadar mengatakan 'Maaf!', itu adalah petanda yang perlu diberi tindakan segera.

"Tunjuk Minat"
Sewaktu berbicara dengannya, walaupun anda memperkatakan hal tidak munasabah, dia masih memberi komen membina. Setiap isu yang anda timbulkan mendapat sokongan daripadanya. Sama ada anda memang pandai berbicara atau dia menaruh minat mendalam terhadap anda. Lebih jelas lagi jika dia memainkan rambut sambil tersenyum manja setiap kali berbicara. Jika anda kurang yakin dengan maksud tersirat yang cuba disampaikan, dapatkan pandangan rakan yang ada bersama anda.


"Anda Diperkenalkan Kepada Rakannya"

Bermakna anda telah diterima masuk dalam kehidupannya. Salah satu sebab anda diperkenalkan adalah untuk memberitahu rakan-rakannya: 'Ini aku punya', dan satu lagi sebab ialah untuk mereka menilai diri anda. Jadi pastikan anda turut mengambil hati rakan-rakannya, namun jangan sampai dia cemburu.

"Dia Men'jual' Dirinya"
Jika percakapan atau gerak lakunya menunjukkan seperti dia sedang mempromosikan aset dan kelebihannya, bermakna anda sedang diberi petunjuk jelas olehnya. Secara tidak langsung dia ingin membuatkan anda terasa yang dirinya berbaloi untuk dimiliki.

"Bersikap Terbuka"
Biasanya wanita tidak akan mendedahkan terlalu banyak maklumat tentang peribadinya. Hanya jika dia betul-betul berminat dan percayakan anda barulah segalanya akan diceritakan. Anggaplah ia sebagai petunjuk utama tentang keinginannya, terutama jika perihal jenama pakaian dalamnya juga turut diceritakan.WOW!

"Membayangi Anda"
Bukan membayangi seperti mengatasi diri anda, tetapi menjadi seperti bayang-bayang anda. Ke mana sahaja anda pergi, pasti dia akan mengikuti anda. Dia juga menunjukkan minat mendalam terhadap percakapan anda walaupun tiada kena mengena dengan dirinya. Dia sebenarnya sedang lemas dengan keinginannya untuk mendampingi anda. Berikan dia ruang untuk menunjukkan kemahuannya agar tidak 'lemas' lagi.


"Anda Diajak Ke Tempat Lain... "

Dia ingin meluangkan masa yang lebih privasi bersama anda. Mungkin untuk berkenalan dengan lebih lanjut atau untuk meluahkan perasaanya terhadap anda. Kata-kata manis dan bicara anda bukan lagi soal utama baginya. Anda menjadi pilihan utama sebagai teman lelaki baginya."

KORANG RASE KEJAM TAK APABILA DI PADAM DRP FRIEND LIST FB TANPA SEBAB??

Nak dijadikan cerita ada seorang hamba Allah ni dulu dia dengan aku begitu baik..xde masalah..bleh bergurau senda,melawak dan sebagainya..tapi tibe2 hubungan kami jadi terpisah(ceh2 macam bercinta plak.. hehe) Td da satu kursus kat maktab ni..kursus Pergigian dan kebetulan aku satu grup gan dia , time tengah bengkel peristiwa ni berlaku jeng..jeng...hehe tibe2 da seorang tercuit pinggang aku..orang yang aku maksudkan adalah orang yang delete aku daripada friend list dia la.Bukan aku seorang yang telah dipadam daripada fren list dia..Semua ahli rumahku kecuali Adam..Rupenya dia salah orang ..tersilap cuit haha..aku menjadi geli hati melihat telatahnya yang terkejut apabila tersalah orang..haha gelak besar aku dalam ati..tapi melihatkan reaksinya aku menjadi jijik..seolah2 aku ni bangkai..najis kalau di sentuh..terpulang lah kepada DIA..aku tak wat salah gan DIA..Aku x pernah kacau hidup dia..aku xpernah usik duit ringgit dia walaupun dia berharta..yang pasti itu hak kau untuk membenci orang..bencilah selagi kau boleh membenci..Sampai sekarang aku tak tahu apa punca..biarlah..Ku sangkakan apabila lama bersama,belajar sama2,susah sama2,exam sama2 selama 5 tahun setengah ni akan mempereratkan hubungan budak2 kelas aku..tapi yang berlaku sebaliknya..xpela..harapnya jangan jadi lagi ada  perkara yang mengeruhkan keadaan..Bagi aku ko nk delete ke pe ke..itu kau puya pasal sebab tanpa KAU seorang  takkanlah aku susah hidup kat dunia ni?? Kalaulah KAU terbaca blog aku,harap2 gunakanlah akal yang waras..bijak dan pandai ..fikirkan pe puncanya..kita manusia..sudahlah sesama Islam..kalaulah Aku ada membuat salah adakah pada DIA?@ pada orang len? yang membuatkannya menjadi lain dengan aku dan ahli rumahku yang lain..Aku sedia meminta maaf sekiranya aku bersalah..kerana bagiku , usia yang semakin meningkat ni takkan nak PERANGAI MACAM BUDAK-BUDAK!!!.. tapi serius..aku tak suka dalam kelas kita  kalau  ada yang berpuak-puak..tidak bertegur sapa..rasa rimas dengan semua keadaan tu..tak pernahkah kita  terfikir  wahai kawan-kawan alangkah seronoknya kalau kita semua  bersatu macam tahun pertama kita di maktab..tapi syukur juga sebab keadaan kita semakin baik dan semakin mesra..dah da yang nak kawen semua..Tahniah la..aku menyusul kemudian hehe..sekian coretanku yang panjang lebar..(rasenya la hehe)terima kasih kerna sudi membaca hehe..

Siapa Rase Dia Sayang Ibu Sila Baca..

Rasenya korang mesti dah pernah bace @ terbace kan..tp xsalah rasenya untuk renungan dan peringatan:


Orang kata aku lahir dari perut mak….
(bukan orang kata…memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku….mak
Bila lapar, yang suapkan aku….mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku….mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut….mak
Bila bangun tidur, aku cari….mak
Bila nangis, orang pertama yang datang….mak
Bila nak bermanja, aku dekati….mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah….mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya….mak
Bila nakal, yang memarahi aku….mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma….mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah….mak
Bila takut, yang tenangkan aku….mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk….mak
Aku selalu teringatkan….mak
Bila sedih, aku mesti telefon….mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu….mak

Bila bengang, aku suka luah pada….mak
Bila takut, aku selalu panggil….”mmaaakkkk!”
Bila sakit, orang paling risau adalah….mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga….mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu….mak
Bila ada masalah, yang paling risau….mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni….mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku….mak
Kalau balik ke kampung,
Yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk…..mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku….mak
Yang selalu berleter kat aku….mak
Yang selalu puji aku….mak
Yang selalu nasihat aku….mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk…..mak
Aku ada pasangan hidup sendiri….
Bila seronok, aku cari….pasanganku
Bila sedih, aku cari….mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada….pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada….mak
Bila bahagia, aku peluk erat….pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat….mak
Bila nak bercuti, aku bawa….pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah….mak
Bila sambut valentine….aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu….aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”
Selalu….aku ingat pasanganku
Selalu….mak ingat kat aku
Bila-bila….aku akan telefon pasanganku
Entah bila….aku nak telefon mak
Selalu….aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila….aku nak belikan hadiah untuk mak
Renungkan:
“Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja… Bolehkah kau kirim wang untuk mak? Mak bukan nak banyak… Lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”.
Berderai air mata jika kita mendengarnya…..

Tapi kalau mak sudah tiada…..
MAKKKKK…RINDU MAK…. RINDU SANGAT….
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya….
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya…..
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya…..
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya…..
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya….
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya…..
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya….

Bak kata perpatah kasih ibu sepanjang jalan kasih anak sepanjang galah renung-renungkan lah..
IBU KAU LAH RATU HATI KU..I ♥ U so MUCH.

MENGIMBAU KENANGAN~ Laguku Untukmu~

Semalam sebelum tidur dengarla Sinar Fm..ganda 23 hahaha..salam dan dedikasi yang dihoskan oleh abg JJ(Jamal Jamaluddin).pas 2 tibe2 dia da putarkan lagu yang aku pernah dengar tapi xtau tajuk pe..mujur abg JJ sebut nama lagu ni gan penyayi dia..arini cari kt youtube terus download dengan sesuka hati hehe..layan gak..macam menusuk kalbu gak la..kalau la aku pandai men gitar..best ni..hehe

KATA SEORANG USTAZ KAT MASJID TD..

kata seorang ustaz...da 3 'TA' yg merosakkan manusia...
HARTA...TAKHTA..WANITA...think about it...:)

KORANG TAU TAK FAEDAH MANDI??

Musim-musim panas gni sedap betul mandi betul x?xtahan betul rase..rase macam nk start enjin kete bukak air cond..fuh...pernah wat dah sebelum ni..tp xtahan woo..minyak beb..haha xpa2..aku da lawat blog pakarhowto..da satu topik menarik gak..pasal faedah mandi..meh kita kongsi sama2..dalam blog tu dia cakap mandy ni bukan saje dapat bersihkan daripada kekotoran dan memberi kelegaan namun ia juga dapat membuatkan kita dapat menjauhi stress dan yang paling penting meningkatkn sistem kekebalan tubuh badan(bukan kebal x lut tu hehe).

Berikut beberapa faedah yang bakal kita perolehi kalau rajin mandi:

Mengeluarkan racun dalam badan: kalau mandi dengan air panas  dengan suhu 35 darjah celcius. suhu air yang panas dapat membuka rongga kulit untuk mengeluarkan toksin.

Menghilangkan stress: kalau stress air sejuk jawapan yang paling tepat suhu yang dianjurkan antra 12-18 darjah celcius.

Jangkitan kulit: haa..kalau yang ni leh guna dengan merendam bahagian yang bermasalah dengan serbuk penaik@soda bikarbonat(ala tau kn pernah belajar mase kt sekolah dulu,mak kita pun selalu guna wat apam hehe)berendam la dalam 10-20 minit.

Imsonia: yang ni lak tuk mereka yang mengalami masalah tido..masukan kaki dalam air sehingga kaki merasa dingin ia sesuai untuk kelegaan..dapat mengubat selsema juga..dan sembelit juga.. selain pendarahan hidung.

Selsema dan sakit kepala: merendam kaki dalam air panas  dapat membantu melegakan selsema,sakit kepala,dan menyegarkn kaki setelah seharian bekerja(paham2 je la lame mane kaki tu terperap dalam stokin hehe). untuk menambahkan lagi kelegaan cuba perah haruman tertentu seperti lemon @ lavender mesti mari hehe..



~Selamat Beramal~ 
Sumber:
New Journal Of England Medicine

My Pet

CHENTA KAMU~


FADHILAT BERCIUM

Ahli perubatan mendapati bahwa berciuman baik untuk kesihatan.....Bercium itu bukan hanya membuat seseorang merasa senang, tapi juga efektif melawan banyak penyakit. Apa saja keuntungan berciuman bagi kesihatan?

* Berciuman dalam waktu lama boleh membantu sistem sirkulasi kita.
Ketika berciuman, detak jantung makin cepat hingga 110 degupan jantung per minit.

* Setelah berciuman, paru-paru bekerja lebih keras. Kira-kira 60 tarikan nafas per minit, dibandingkan dalam nafas normal, hanya 20 kali tarikan nafas per minit. ini baik untuk mencegah sakit paru-paru.

* Beberapa doktor gigi percaya, bahawa berciuman merupakan tindakan pencegahan gigi berlubang. Berciuman menstimulasi air liur yang boleh menghancurkan asam yang menutupi gigi.

* Berciuman yang berlangsung lebih dari 3 minit membantu kita melawan stress. Berciuman dalam waktu lama boleh menghancurkan hormon stress.

lagi... kelebihan berciuman .....huhuhu!

1. Pasangan yang memberi ciuman perpisahan setiap pagi kepada pasangan hidupnya rata-rata memiliki waktu 5 tahun lebih lama dari yang tidak melakukan rutin ini.

2. Berciuman baik untuk mendorong kepercayaan diri. Membuat seseorang merasa dihargai dan memberi ketenangan diri.

3. Berciuman membakar kalori, 2-3 kalori per minit dan menggandakan tingkat metabolis. Ada yang mengatakan, bahwa dengan berciuman bergairah tiga kali per hari (setidaknya 20 detik per ciuman) boleh membantu menghilangkan berat badan.

4. Berciuman dikenal sebagai penghilang stress. Berciuman penuh ghairah boleh menghilangkan ketegangan, mengurangi energi negatif, dan memproduksi rasa sihat, menurunkan hormon stress.

5. Berciuman menggunakan setidaknya 30 otot wajah dan mencegah pipi kendur. Otot pipi yang menegang karena ciuman yang bergairah mampu membantu kulit lebih halus dan meningkatkan peredaran darah.

6. Berciuman baik untuk jantung, menurunkan tekanan darah dan kolesterol.

7. Mereka yang sering berciuman jarang mendapat masalah perut.

8. Selama berciuman, antibiotik diproduksi tubuh dikeluarkan melalui air liur. Air liur juga dipercayai sebagai anestetik yang membantu mengurangi sakit.

SELAMAT BERCIUM..

WARNA JERSI KE 2 KEDAH?

ke 2 ke  3? bengong..peduli pa aku warna pa..kl xbetoi pun xyah la ckp org ngok..tgk la diri tu sendiri dulu pandai sgt?manusia2..bla ckp ikut perasaan macam tu la..nk kna jg hati perut depa je..tau la sapa diri ni..berbeza darjat..tp org kmpung macam aku da maruah..INGT boleh diperbodo mcm dok wat kt org len ,cis pergi mampus la gan dia punya darjat..bukan leh wak mati pun..

Aku & Dia..

Tengah Online Hehe..

~RAGAM DUNIA~


Kisah sebiji epal dan seorang jejaka di suatu daerah,terdapat sepohon pokok epal yg sgt besar dan buahnya yg sgt merimbun.. setiap yg melalui pohon epal itu, pasti terpesona dgn buahnya yg kelihatan cantik dan lazat.buah epal itu dipetik dan dimakan oleh sesiapa sahaja... yg melaluinya.namun,jauh disudut dahan itu terlihat sebiji epal yg sgt cantik warnanya dan bgus kulitnya.. si epal : aduhai malang nasibku.saban hari aku menunggu utk dipetik.namun tiada siapa yg nampak akn diriku.tiada siapa yg mahu memetikku kerana aku sukar utk dilihat kerana dedaunan dan dahan pohon ini. kebetulan ada seorang jejaka melalui pohon itu dan teringin untuk memetik buah epal di pohon itu.. si jejaka : wah buahnya merimbun,.dia lihat buah yg epal td walaupun terselit dicelahan dedaun. jejaka itu mula memanjat.buah epal itu tersangat gembira krn akhirnya dia jga bakal dipetik sama spt teman2nya..namun tiba2 jejaka berkenaan berptus asa krn terlalu tinggi kedudukannya.akhirnya dia mula berfikir. si jejaka : drp aku susah2 petik yg tinggi itu, lebih baik aku petik yg bawah dan mudah ini saja. alangkah sedihnya hati si epal apabla jejaka itu memetik epal yg kurang kualitinya dan ia kesal ia tk dapat dipetik krn terlalu tinggi dan tersorok. akhirnya kesedihan si epal ini membuatkan ia berfikir,.. si epal :aku cntik, kulitku bagus.tp tk siapa lihat aku. lebih baik aku rendahkan diri aku agr mudah aku dipetik oleh org dan mudah kelihatan.drp aku tinggal di atas dan tidak kelihatan oleh sesiapa. akhirnya ia rendahkan dirinya sedikit demi agr klihatn dn mudh dipetik.. tiba2 ada seorang jejaka melalui pohon td.dia lihat kulit si epal td cantik dn mnarik,.ketika digigit epal itu tiba2 dia mludah..rupanya epal td sudah digigit oleh oleh ulat gara2 berada di kedudukan rendah yg mnyebabkan ulat2 senang mncapai.akhirnya jejaka itu tnpa berfikir terus buang epal berkenaan ke tanah krn sudah tercemar oleh ulat..akhirnya epal yg dbuang ke tnh itu, membusuk dan tiada sesiapa yg memandang epal itu lg.. wanita mampu memlih sama ada ingin mletakkn diri di thap rendah mahupun tinggi. umpama epal itu,rela merendahkn diri utk mndaptkan phatian walhal sesiapa yg bijaksana psti akn berusaha utk mndptkn yg tbaik sungguhpun berada dtmpt yg tinggi.bukan itu saja,sungguhpun epal di tmpt yg tinggi tidaklah secantik mana namun,pemetiknya pasti akn mkn juga dan mnghargainya krn dia tlh bersusah pyh memanjat berbanding dgn yg mudah dpt dan mudh tuk tidak mghargai. cantiknya akhlak wanita,.luhur budinya pasti akn kelihatan juga walaupun ia tersembunyi.hanya yg bijak mnilai sahaja yg akn mlihat kcantikannya.. p/s : jgnlah sesakli mrendahkn diri kalian demi ssuatu yg tidak pasti.belum tentu jika kamu merendahkn diri kamu akn dpetik.sesungguhnya penilaian yg plg adil adlh allah yg maha kuasa..usah kamu gusar wahai si gadis,.wanita,...jagalah akhlakmu insyaallah yg dtg pdmu adlh yg ssuai dgn akhlakmu juga,..insyaallah.... wallahualam.....(^_^)

lega..alhmdulilh..

lga ckit cik azaha katA dia xleh datang obsrve..blik ni g tnjuk buku je kt dia..alhamdullih.. moga Allah pemudah segala urusanku hari ini..da satu lagi ujian yg akan ku tempuh..MUET OH mUET..BIARLA TAKDIR PENENTU SGALA..jawab dengan tenang..gunakan kebijaksanaan sedia ada..haha..kl nk fikirkan masalah smpai bla pun x selesai..tp tu la..org yg xdak masalah tu yg bermasalah sebenarnya..masalahnya dia xdak masalah..haha..apa2 pun arini ati tenang rase..rase di kasihi..besday my princes Jumaat ni..ktne nk clebrate yer..dok mikir2..tmpat yg menarik..hehe n jimat tp berbaloi(tengah kring ni hehe)..PADA TEMAN2 YG BERMASALAH..JGN CPAT DOWN K..HAMKA PERNAH BERPESAN..RAMAI ORANG BNYAK WAT SALAH..TP KESALAHAN YANG PALING BESAR YG ORG PERNAH WAT IALAH TAK PERNAH BELAJAR DARIPADA KESILAPAN..PAS MUET..msti nk settle file MQA..exam lg..hadiah budak x bli lg..henset rosak kt kedai..xdapat nk byar lg..pitih xdok..aduh..duit pun pening gak..xpela bertahan dengan pa yang da..to my princess..wish u happy besday..i love u forever..

aduyai..cik azaha..cik azaha

dia x jadi mai lak..xpa2..dia ckp minggu dpan..ni semua pasal mqa..hmm..tp dok dalam makmal td sempat gak terjumpa lagu lefthanded...tajuknye.. sutra..


Selembut sutra tingkahmu..
Yang meredakan gerhana..
Kegersangan perasaan..

Indah suaramu..
Gemersik dedaun senja..
Membisik meresapi
Mengkhayal dan membawaku..
Menggapai bintang seribu..
Asyiknya..

Lalu aku kini dilanda..
Kerinduan tiada terperi
Bukanku sengaja
Merasakan begini..

Bak permata teguhnya
Ketabahanmu
Menharungi segala
Ftnah manusia yang takkan berakhir
Biar aku..sarungkan selendang kasih 
Pelindung duka lara
Izinkan ku pimpinmu
Ke pintu syurga..

Sesungguhnya..
Ku tahu..
Hidup ini bukan hanya
Sekadar untuk bercinta
Namun pejalanan ini bukanlah sekadar untuk berlagu kecewa..
Bukan sekadar untuk rasa kecewa.
Marilah..bersamaku..ke syurga indah..

::AMARAN::


Blog ini adalah adalah tempat si penulis berkongsi cerita, gambar, video atau hasil kerja seni. Kebanyakan penulisan di dalam blog ini ada dalam bentuk yang ringan dan mudah untuk di baca. Kadangkala entry yang di masukan tidak mempunyai sebarang bentuk ilmu, hanya sekadar perkongsian cerita seperti berada di warung-warung kopi. Pastikan anda mempunyai fikiran yang terbuka sebelum membaca.

Sekian,
-Cikgu BioNik-


ShoutMix chat widget