Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tanda-Tanda Orang Laki Merajuk?

Adakah  anda kaum Adam yang  kuat merajuk? (buruk ke laki merajuk?hehe..) pernahkan perkara-perkara dibawah ini anda lakukan?hehe..jom kita jengah sebentar..

a) Diam Seribu Bahasa
Dia diam je sepanjang ada dengan kita. Walaupun kita bercakap dengannya, dia hanya mengiayakan / dia anggukkan kepalanya je. Dia sikit pun tak akan layan kita seperti sebelum ni. Jika benda ni berlaku sah lah tu dia merajuk dengan kita.

b)Buat Tak Tahu
Dia akan buat tak tau dengan kita. Jika kita minta tolong dengan dia seperti kemaskan meja ke, dia buat acuh tak acuh je.Paling teruk, dia buat-buat tak dengar (pekak betul-betul baru tau!). Ini cara protes yang paling teruk sebab ia bukan je buat kita geram tapi buat seolahohlah kita ni tak wujud.

c) Menolak Untuk Makan Bersama
Bila lelaki merajuk biasanya dia tak nak jumpa kita atau face to face dengan kita. Dia akan bagi alasan seperti "awak makan la dulu,saya kenyang lagi la..lagipun, saya dah makan dengan kawan saya tadi"

d) Masam Muka
Tindakan yang ni ialah tindakan yang paling kita geram. Dah lah tak nak cakap ngan kita dah tu nak tarik-tarik muka pulak. Tak puas hati la konon. Tapi adat la kalau orang dah merajuk. Perempuan pun lebih kurang je!

e) Baca Surat Khabar
Bab ni memang tabiat orang lelaki. Tapi kalau surat khabar tu dibaca banyak kali tanpa sebab maknanya jiwa dia tak tenteram & ada sesuatu yang mengganggu diri dia. Lagi-lagi pulak kalau tengah-tengah malam buta.

f) Menonton Televisyen Hingga Lewat Malam
Dia akan tengok tv tu sampai larut malam walaupun rancangan tu bukan rancangan kegemaran dia. Mata dia di tv tapi hatinya ke lain. Kena peka beb!

g) Keluar Rumah Tanpa Beritahu
Ada lelaki yang tak akan memberitahu mana dia nak pergi. Nak protes la tu kononnye. Kita jangan paksa dia untuk menjawab pertanyaan kita kerana conferm dia akan buat dek je!

h) Matikan Telefon Bimbit
Ha ni satu lagi tabiat lelaki. Dia tak suka diganggu bila perasaannya tengah marah. Untuk mengelakkan kita menggangu dia, dia akan matikan telefon bimbit dia & bagi alasan bateri kong. Alasan dia satu je, dia tak mahu dengar suara kita takut perasan marahnya lagi kuat... Alaa,bila dah rindu call jugak last-lastnyer!

Exclamation Exclamation MyB ni s'suai utk psgan yg da kwin kot.. hentam jewla... Exclamation Exclamation

4 ulasan:

.::WaNiE::. May 11, 2010 at 12:19 AM  

keluar rumah tanpa beritahu
geram betul

ahahaha

Cekgu Bio-nik May 11, 2010 at 12:21 AM  

ahaks..merajuk sgt la tu hehe

safiyyahosman May 11, 2010 at 12:34 PM  

huhuhuhuh..
thanks for info:)
hihihihihi

Anonymous October 5, 2010 at 11:50 PM  

hahahha...mungkin ada btulnya(",)

Post a Comment

Komen jangan tak komen..nak follow pun leh hehe..

::AMARAN::


Blog ini adalah adalah tempat si penulis berkongsi cerita, gambar, video atau hasil kerja seni. Kebanyakan penulisan di dalam blog ini ada dalam bentuk yang ringan dan mudah untuk di baca. Kadangkala entry yang di masukan tidak mempunyai sebarang bentuk ilmu, hanya sekadar perkongsian cerita seperti berada di warung-warung kopi. Pastikan anda mempunyai fikiran yang terbuka sebelum membaca.

Sekian,
-Cikgu BioNik-


ShoutMix chat widget